Selasa, 24 Ogos 2010
KHASIAT KURMA DALAM KESIHATAN DAN ISLAM
Assalamualaikum..para pembaca yang dikasihi,alhamdulilah masih diberi kesempatan untuk saya berkongsi ilmu buat tatapan kita bersama.Saya tertarik dengan tajuk yang diberikan 'Along'sebentar tadi tentang khasiat kurma dalam kesihatan dan pandangan Islam tentang kurma.Tambahan pula,kita di bulan yang mulia ini makanan sunnah semestinya menjadi amalan.Terima kasih buat 'Along' atas perkongsian anda.
Apa yang saya peroleh dari pembacaan,Rasulullah s.a.w. sangat menitik beratkan kesihatan terutama dari segi pemakanan.Baginda sangat teliti dari segi khasiatnya mahupun kesuciannya.Mari kita lihat sunnah yang Rasulullah bawa,iaitu memakan kurma sebagai amalan..
Mengapa baginda berbuat demikian? Antara sebab utamanya adalah kerana baginda mempunyai tugas besar iaitu menyebarkan Islam sehebat mungkin. Untuk tugasan hebat ini, baginda harus memiliki kesihatan yang unggul, fokus yang sangat tajam, kebolehan membuat keputusan dengan cepat (fast decision making), mempunyai tenaga minda yang tinggi agar mampu menpengaruhi umat untuk memeluk Islam. Tidak hairanlah mengapa baginda sehingga hari ini menduduki tangga pertama orang yang paling berpengaruh di dunia menurut satu sumber kajian seorang penulis buku dari Amerika Syarikat.
Apa kaitannya kurma dengan kejayaan baginda? Kurma, kismis, delima, merupakan sebahagian daripada makanan yang bersifat alkali dan apabila diambil dengan kadar yang berpatutan mampu membantu meneutralkan asid yang ada di dalam badan seseorang. Seperti yang kita tahu, asid mengganggu kesihatan, tetapi alkali yang terdapat pada makanan ini mampu mematikan keracunan asid tersebut. Apabila badan kita neutral tidak ada gangguan pada pemikiran dan ketetapan fokus menjadi tinggi. Mental menjadi kuat dan kita mampu merancang strategi dengan baik.
Inilah sebab mengapa Rasulullah bersabda,
“Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.
Dan baginda bersabda lagi,
“Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan