Memaparkan catatan dengan label Novel nukilan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Novel nukilan. Papar semua catatan

Khamis, 29 Julai 2010

Andai Mesir Kehidupan ku......



Adam(Bukan nama sebenar)...Luahan hati seorang sahabat..telah terdetik dihati saya untuk berkongsi kisah benar seorang hamba Allah ini tentang kehidupannya..Buat renungan bersama.........

Aku dilahirkan dalam keluarga yang cukup mewah,cukup sempurna. Segala kemewahan di limpahkan kepada ku dan kakakku. Cakap saja apa yang kami inginkan pasti ditunaikan. Namun disebalik kemewahan kehidupan aku merasakan jiwaku cukup kosong. Sepanjang hidupku aku tidak penah di dedahkan dengan ajaran agama. Mana tidaknya ibu bapa ku tidak penah melaksakan tangggungjawab sebagai seorang muslim.

Penah satu ketika aku bertanya kepada mereka mengapa aku tidak diajar tentang agama,jawapannya masih terlalu awal untuk ku mengetahui tentang hal itu. Itu semua boleh belajar pada waktu tua nanti. Lalu aku dan kakakku hanyut oleh arus dunia. Orang tuaku bekerja sebagai bisnessman. Namun bukanlah peniagaan biasa tetapi bapaku sebagai CEO perdagangan manusia,lebih senang dikenali dengan "Bapak Ayam". Sungguh tinggi darjat bapaku di kalangan kawan-kawannya, cakap saja "Roy" pasti orang mengenalinya. Manakala ibu ku pula bekerja sebagai GRO, tetapi kelas atasan... Mahunya kehidupan kami tidak semewah ini.
Namun aku dan kakakku tidak penah malu dengan pekerjaan orang tua kami asalkan duit masuk..

Selepas tamat persekolahan kakakku mengikut jejak langkah ibuku. Juga GRO kelas atasan. Kami jarang jumpa atau berhimpun. Keluargaku cukup mudah,semuanya sibuk dengan hal masing-masing. Aku tidak berkerja kerana duit poketku tidak penah kering. Hidup ku hanya "Enjoy" semata-mata. Perempuan..memang mudah untuk aku perolehi. Sogok saja dengan duit pasti sudah dalam gengamanku. Memang seronok hidupku.

Namun pada suatu hari aku di pertemukan dengan sahabat baikku.Namanya Taufiq. Orangnya simple tapi warak sikit. Tapi aku tak kisah berkawan dengannya.Dia tidak seperti orang yang warak lain,tidak penah melekehkan orang sepertiku. Aku suka berkawan dengannya. Dia selalu juga memberi "Ceramah" padaku.Biasa la orang macam aku tak kan lut punya dengan ceramah seperti itu. Namun hati ku cukup tenang berkawan dengannya.

Sehinggalah pada suatu ketika, suatu malam aku bermimpi bahawa aku di bakar hidup-hidup sakit sangat...panasnya..dasyat sekali..aku tidak dapat menahan lalu ku pekek meminta tolong..apa yang aku lihat hanyalah wajah sahabatku Taufiq..aku memanggil Taufiq...tolong aku.. Taufiq.. tolong..tolong..aku... tolooooonggggg..!

Lalu aku terjaga dari tidurku..Linangan air mata membasahi pipiku.Apa makna disebalik mimpiku itu. Aku takut sangat..Aku tidak penah merasa takut seperti itu..dan aku tidak penah mengalaminya...Lalu aku terus menelifon Taufiq...Pada msa itu jam menunjukkan 3 pagi.. Taufiq menjawab..nya Taufiq belum tidur... Aku jadi serba salah,Aku berasa takut untuk menceritakan..Dalam tangisan teresak-esak seperti anak kecil aku menceritakan peristiwa yang menimpa ku. Taufiq menenangkanku..Katanya mungkin rahmat dari Allah turun padaku. Aku fikir sejenak apa itu rahmat..??? Allah..???..aku tidak mengerti..

Keesokkan harinya aku seperti biasa dengan aktiviti ku,aku dengan mudah melupakan apa yang berlaku. Tapi pada malam hari mimpi itu menerpa lagi dalam tidurku. Bukan sehari tetapi tiap-tiap malam mimpi yang sama menemaniku. Aku jadi bigung dengan apa yang berlaku.Setiap kali mimpi itu menjelma Taufiqlah tempat aku mengadu. Pada ibu dan bapaku,tidak mungkin sekali aku meluahkan pada mereka. Sudah sebulan mimpi itu menghantuiku. Sehinggalah aku tidak boleh tidur di rumah...Aku jadi takut sekali.

Aku menyurakan pada Taufiq tentang keadaanku, lalu Taufiq tanpa segan silu mengajak ku tinggal di rumahnya. Aku menolak kerana ku tahu aku tidak biasa hidup dengan orang lain. Tetapi apa kan daya walau dimana aku tidur mimpi yang sama menemaniku.Seolah-olah mengekoriku.

Hinggalah pada suatu hari aku bersetuju untuk tidur di rumah Taufiq. Bermulalah episod yang memang asing bagi penghidupanku. Dirumah Taufiq aku dilayan dengan baik sekali..Walau pun cuma tinggal ibunya saja yang sudah uzur..tetapi tetap melayanku seperti anak sendiri...Aku merasakan satu perasaan yang penuh kelembutan mengalir dalam jiwaku..Tatkala ibu Taufiq melayan ku...Aku begitu bahagia..Tidak penah seumur hidup ku dilayan sebegitu rupa...Dirumah Taufiq aku dapat tidur dengan nyenyak sekali. Pada suatu hari aku terdengar suara seolah-olah orang membaca sesuatu di malam hari. Aku tidak mengerti apa yang dibacanya. Lalu ku bangun dari tidurku dan ku lihat Taufiq sedang leka membaca sesuatu. Aku mendekatinya,tetapi tidak menegur takut nanti menggangu pula. Tatkala aku mendengar bait-bait bacaan tersebut,hati ku tiba-tiba luluh,seolah-olah ada sesuatu yang menyelinap masuk ke tubuhku. Sejuk sekali,tenang seperti air yang mengalir. Aku terus mendengar sehingga aku tidak sedar bilanyanya aku tertidur........(bersambung)
Aku terjaga dari tidurku...terasa tangan lembut menyetuh ubun-ubunku.."Nak bangun nak sudah subuh..mari kita jemaah bersama-sama.."...rupa-rupanya ibu Taufiq disisiku..Aku melihat Ibunya berpakaian putih muslimah lengkap seperti aku lihat di tv untuk orang-orang bersolat..Dan pda masa yang sama aku melihat Taufiq sedang tersenyum padaku..seolah-olah rupaku seperti budak kecil yang tidak mengerti apa-apa...'Ibu'..itu panggilan aku kepada ibu Taufiq..ibunya yang menyuruhku memanggil begitu..'maaf bu,saya tidak penah berjemaah..err..apa itu jemaah ibu..??..tanya ku terpunga-pinga..Ibu Taufiq memandangku dengan penuh rasa cinta...lalu dia menyuruh Taufiq mengajarku mengambil wuduk...
Itulah Solat Subuh yang pertama dalam hidupku...sepanjang aku di rumah Taufiq kehidupanku banyak berubah...Aku mula kenal apa itu agama...aku kenal solat,aku belajar mengaji dan juga aku berlajar puasa..segala yang dituntut sebagai seorang muslim telah aku pelajari...Hidupku aman,tenang dan tenteram sekali...Setiap malam aku bertahajjud kepada Tuhan...setiap tahajjudku dilakukan dengan deraian air mata..aku terlalu naif tentang agama..terlalu hina aku dimata Yang Maha Esa....Allah hu ya Rabb....
Pada suatu hari Taufiq bertanya kepadaku..'Adam tak mahukah kamu pulang ke rumah kamu..?..Lalu ku menjawab.."Apa guna aku pulang ke sarang maksiat lagi..aku cukup tenang disini.."..Taufiq tersenyum lalu dia berkata.."Adam sahabatku...pulanglah jenguk orang tua mu..walau apa pun kehidupan mereka,mereka tetap orang tua mu,mohonlah restu dari mereka dan barulah kamu boleh hidup dengan amannya..'
Aku pulang kerumahku..kosong..tiada penghuni.."RUMAH UNTUK DIJUAL"...Apa maksud semua ini...seingat aku sudah enam bulan aku idak bertemu dengan orang tuaku..dan mereka tidak penah mencariku...aku menghubungi orang tuaku..langsung tidak dijawab..kemana mereka semua pergi...aku terus berlalu..perjalananku untuk pulang semula ke rumah Taufiq...Sewaktu aku berjalan menyusuri perumahan di kawasan rumah aku bertemu sahabat baik yang sama-sama "enjoy" sewaktu dahulu...Aku menegurnya...'Mike'...dia memalingkan wajahdan terus merenung mukaku..seolah-olah memandang hantu di depannya...aku tersenyum..'siapa kau'..mungkin hairan dengan penampilan ku..'Aku Adam...Adam Haikal..'...'Adam Haikal..anak dato Rashid..'..aku mengangukkan kepala...dia begitu hairan melihatku..aku sudah bersedia dengan tanggapan orang terhadapku... lalu aku terus bertanya..apa sudah jadi dengan keluargaku..
Berderai air mataku......keluargaku hancur....dasyat sekali kemurkaan yang maha esa...Bapaku kemalangan,ibuku di penjara manakala kakakku menunggu ajal kerana mengidap HIV...Aku menagis semahu-mahunya..dan masa yang sama aku bersyukur masih diberi kesempatan yang maha esa untuk bertaubat...Taufiq...dan hidayah masih menyinari dalam hidupku...Taufiq...ya Taufiq sahabat ku dunia akhirat...
Aku pulang ke rumah Taufiq dan meluahkan apa yang menimpa keluargaku..Taufiq memelukku seerat-eratnya...kami sama-sama menangis.....Pada keesokkan harinya aku meluahkan hasrat untuk aku lebih mendalami agama..Taufiq mengajakku untuk mengikutinya ke mesir untuk menyambung pengajiannya..
Hampir 4tahun aku di bumi mesir..segala yang berlaku dalam hidupku masih berlegar-legar seolah-olah baru semalam terjadi...Taufiq menyurakan mahu pulang ke Malaysia..Aku berkata padanya.."pulanglah Taufiq..Bumi mesir ini penghidupanku...'Aku mahu mati di sini....
Begitulah kisah seorang hamba Allah yang masih diberi kesempatan untuk bertaubat.Kita sebagai manusia memang tidak lepas dari melakukan kesilapan..tetapi yang nyata Allah itu Maha pengasih dan Maha penyayang dia akan memberi hidayah kepada siapa 7yang dia mahu...Marilah perbanyakkan doa moga hidayah allah sentiasa bersama kita....sebagai renungan bersama.