Memaparkan catatan dengan label Kisah Anak Buangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Anak Buangan. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Julai 2010

Ibu abah nape buang adik........

















Assalamualaikum...tersentuh hati saya untuk mencoretkan kisah pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi dikalangan kita hari ini..terutama sekali kaum melayu...sedih melihat nasib anak-anak kecil yang tiada dosa di buang begitu saja..tanpa rasa simpati,tanpa rasa berdosa melakukan kejahilan ini...apakah tidak ada naluri manusia di hati mereka...sedangkan haiwan sayangkan anaknya,memukul tidak sama sekali apatah lagi untuk membuangnya...manusia di kurniakan akal yang sempurna sedangkan haiwan tiada berakal...renungkanlah wahai insan berhati batu...apakah salah bayi itu...di saat melakukan kejahilan tidak penah memikirkan kesan..hanya keseronokkan di hati mereka...bertapa goyah iman kita hari ini...

Sedih sekali...tiada kata yang dapat di ungkapkan melihat bayi yang sempurna sifatnya di buang dalam keadaan yang masih bernyawa...andai dapat berkata-kata akan bayi itu seru meminta simpati..."Ibu abah..jangan buang adik..adik baru ingin melihat dunia iniadik baru ingin merasa kasih sayang ibu bapa...tanpa belas simpati abah ibu buang adik...salah adik dilahirkan kedunia ini...ibu abah kenapa buang adik...Adik takut...sakit ibu..sakit abah..tolong adik..tolonglah.."

Beginilah rintihan anak kecil yang tidak dapat kita dengar...Sedarlah wahai insan semua...kita patut bersyukur di lahirkan kedunia ini dengan sempurna tetapi mengapa kita tak mahu generasi kita lahir dengan sempurna...bertaubatlah wahai insan..selagi ada ruang dan kesempatan dari Rabbi..ingatlah dosa yang bakal menanti...bersama-samalah kita membanteras gejala ini...moga Allah tiupkan hidayah kepada kita semua...