
Salam buat pembaca semua....
Hari ni saya nak kongsi 19 Keistimewaan Wanita
1. Doa wanita lebih makbul kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasullulah SAW akan hal tersebut,jawab baginda :Ibu lagi penyayang daripada Bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia.
2. Wanita solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,darjatnya seperti orang yang sentiasa menangis kerana takut Allah swt dan orang yang takut kepada Allah swt akan di haramkan api neraka keatas tubuhnya.
4. Barangsiapa yang membawa hadiah (barangan,makanan dr pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya,maka pahala seperti bersedekah.Hendaklah mendahului anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barangsiapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5.Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasullullah)di dalam syurga.
6. Barangsiapa mempunyai 3 anak perempuan atau 2 saudara perempuan atau 2 saudara perempuan,lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab maka baginya adalah syurga.
7. Dari Aisyah r.a. "Barang siapa di uji dengan sesuatu dari kanak-kanak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka,maka mereka menjadi penghalang baginya dari api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila di panggil mu oleh dua orang tuamu maka jawablah panggilan Ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat kepada suami akan tertutup pintu2 neraka dan terbuka pintu2 syurga. Masuklah dari mana pun pintu yang kamu khendaki tanpa di hisab.
11. Wanita yang taat pada suami,semua ikan2 di laut,burung di udara,malaikat di langit,matahari dan bulan,semuanya beristifar baginya selama dia taat kepada suaminya dan suruhanNya (menjaga sembahyang dan puasanya)
12. Aisyah r.a. berkata "aku bertanya kpda Rasullulah saw.: siapakah lebih besar haknya terhadap wanita?, jawab baginda"suaminya".siapa pula berhak terhadap lelaki, jawab Rasullullah saw "ibunya".
13. Perempuan apabila sembahyang liam wat2,puasa di bulan Ramadhan,memelihara kehormatan serta taat kpada suami,masuklah dari pintu syurga yang dia kehendaki.
14.Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah swt memasukkan dia kedalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000tahun)
15. Apabila seorang perempuan yang mengandungkan janin di dalam rahimnya,maka beristifarlah para malaikat untuknya.Allah swt mencatatkan baginya setiap hari baginya dengan 1000 kebaikkan dan menghapus baginya 1000 kejahatan.
16. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,maka Allah swt. mencatat baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah swt.
17. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan.
18. Apabila telah lahir (anak)lalu disusuinya maka bagi ibu itu setiap 1 tegukkan dari susunya diberikan 1 kebaikkan.
19. Apabila semalam (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah swt. memberi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah swt.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan