Khamis, 14 Oktober 2010

Keistimewaan Solat Dhuha

Firman Allah s.w.t...
"Demi waktu Dhuha dan demu malam apabila menjadi sepi.Tidakkah Tuhan Mu meninggalkan Mu dan tidakkah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhan mu akan memberi kepada mu kurniaan hingga kamu menjadi suka." (Surah Al-Dhuha 1-5)..

Assalamualaikum sahabat pembaca sekalian,kali ini saya ingin berkongsi tentang begitu istimewanya Solat Sunat Dhuha..Marilah kita sama-sama mencubanya dan seterusnya menjadikan amalan seharian kita..Moga Allah merahmati kita..Amin..



Sulaiman adalah seorang peniaga berusia 30 tahun. Dia menjadikan perniagaan menjual nasi lemak di beberapa kawasan. Tetapi setelah sekian lama menceburi bidang perniagaan, dia tidak pernah merasakan hasil penat lelahnya. Ini memburukkan lagi dengan perniagaannya yang semakin merosot. Walaupun telah mendapat nasihat daripada beberapa orang BOMOH dengan berbagai macam "PELARIS" yang di berikan, maalahnya tetap tidak berubah . Apakah amalan tertentu yang boleh dia amalkan ?

Apa yang di alami Encik Sulaiman dan mereka yang senasib boleh di atasi dengan amalan solat Dhuha.

Sebagai orang beriman, kita perlu menyakini bahawa segala-gala dalam kehidupan kita ini adalah dalam pengurusan Allah s.w.t. Dialah yang menghidupkan dan Dialah yang mematikan. Daripadanya datangnya segala kebaikan dan daripada-Nya juga datang segala keburukan.

Dhuha adalah nama kepada waktu. Dalam Islam, setiap waktu ada namanya tersendiri, setiap waktu juga ada keistimewaan dan keberkatan.



CONTOH NAMA-NAMA WAKTU DALAM ISLAM



1. Maghrib : Sesudah tenggelam matahari dan permulaan hari

2. Isyak : Permulaan Malam

3. Lail : Pertengahan Malam

4. Sahur : Penghujung Malam

5. Fajr : Pancaran cahaya matahari semasa akan terbit

6. Syuruq : Semasa matahari terbit

7. Subuh : Pagi

8. Dhuha : Antara sesudah terpit hingga sebelum tertegaknya matahari

9. Istiwak : Matahari tegak di atas kepala

10. Zuhur : Setelah tergelincir matahari

11. Asar : Matahari condong ke barat

12. Ghurub : Tatkala matahari tenggelam


Islam menamakan setiap waktu-waktu ini untuk kemudahan umatnya dan agar mereka dapat mencari keistimewaan setiap waktu-waktu tersebut.

Antara kepentingan mengetahui waktu-waktu ini bagi seorang hamba Allah adalah untuk masa beribadah atau menyembah Allah atau masa-masa untuk bertemu Allah . Bagi tujuan untuk menyembah Allah s.w.t , waktu itu terbahagi kepada tiga iaitu :

1. Waktu Wajib

2. Waktu Sunat

3. Waktu Haram


WAKTU WAJIB

Waktu yang telah di tentukan bagi kewajiban solat iaitu Maghrib, Isyak, Subuj, Zuhur dan Asar


WAKTU SUNAT

Waktu-waktu yang mana padanya disunatkan kita melakukan solat-soalt sunat seperti Tahajud, Dhuha, Tasbih,Hajat,Istikharah, Gerhana dan lain-lain


WAKTU HARAM

Waktu-waktu yang di haramkan kita melakukan solat-soalt sunat adalah waktu-waktu tersebut adalah Syuruq, Istiwak dan Ghurub.

Kembali kepada Solat Dhuha, ia adalah antara waktu yang di berkati dan ditetapkan oleh Allah bagi hamba-hambanya yang mahu mendapat kekuatan jasmani dan kemurahan rezeki.


Dalam al-Quran surah al-Dhuha, Allah s.w.t telah BERSUMPAH demi kehebatan waktu Dhuha.



Firman Allah s.w.t :


Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.

(Surah al-Dhuha : 1-5 )


Selalunya setiap sesuatu yang dijadikan sebagai bahan sumpah Allah s.w.t mengandungi kepentingan yang sangat hebat.

Di sini Allah s.w.t menjadikan waktu Dhuha sebagai bahan persumpahan-Nya. Itu menunjukkan bahawa waktu Dhuha itu ada keistimewaannya , antara keistimewaannya adalah seperti yang telah di sebut oleh Allah s.w.t., waktu Dhuha adalah waktu Allah s.w.t mencurahkan kurniaan kepada hamba-Nya.

Kurniaan Allah suatu kurniaan hakiki yang pasti akan menggembirakan kita.

Oleh itu sesiapa yang mahukan kurniaan Allah s.w.t hendaklah dia berhubung dengan Allah s.w.t melalui ibadah solat sunat Dhuha.


Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadis Qudsi yang bermaksud :


" Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud , "Hai anak Adam, solatlah kepadaKu empat rakaat pada permulaan siang nescaya akan Aku cukupkan keperluanmu pada akhir siang." (Riwayat Tirmizi)

Orang yang lemah imannya selalunya akan berpaling daripada Allah lalu pergi menemui bomoh untuk mendapatkan tangkal dan pelaris. Rumah dan gerai-gerai dipenuhi wafak-wafak yang mereka percaya boleh membantu memberi mereka kejayaan, tetapi akhirnya tetap juga kecewa. Perbuatan-perbuatan sedemikian syirik dan menjadikan Allah s.w.t. murka kepada mereka dan hilang keberkatannya.

Sebaliknya orang yang kuat imannya kepada Allah s.w.t akan tetap menaruh keyakinan penuh terhadap Allah s.w.t . Mereka yakin Allah sahaja yang boleh memberikan kesenangan dan kepayahan.

Sebagai tanda kekuatan iman mereka kepada Allah, apa-apa sahaja keperluan mereka, mereka akan meminta hanya kepada Allah melalui amal ibadah.

Firman Allah s.w.t

" Hai orang beriman bertakwalah kepada Allah dan carilah kepada-Nya wasilah. Dan berjuanglah di jalan Allah, semoga kamu berjaya. "

( Surah al-Maidah : 35 )

Wasilah yang di maksudkan di sini jelan bukanlah apa yang berbentuk kubur,batu atau kayu yang dijadikan sebahagian manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah, sebaliknya itu semua hanya akan menjauhkan kita daripada Allah s.w.t

Sebaik-baik wasilah yang dimaksudkan ialah apa-apa jua ibadah yang boleh mendekatkan diri kepada Allah s.w.t maka apa-apa sahaja yang diinginkan akan dikabulkan-Nya.

Beberapa hadis Nasi Muhammad s.a.w ada menerangkan tentang kesan solah sunat Dhuha kepada tubuh kita.

Antaranya :

Fadilatnya-Kekuatan Jasmani

Daripada Buraidah katanya telah bersabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud "

" Pada diri manusia ada 360 ruas tulang, dituntut ke atasnya untuk memberi sedekah kepada setiap satu daripada ruas-ruas tersebut.

Para sahabat bertanya, 'Siapakah yang terdaya melakukan ya Rasulullah ? ' Lalu beliau bersabda, ' Boleh juga dilakukan dengan menanam kahak di lantai masjid atau menghilangkan halangan di jalan, kalau tetap tidak dapat dilakukan makan dengan melakukan dua rakaat solat Dhuha boleh cukup baginya."

( Riwayat Ahmad dan Abu Daud dan dengan lafaz lain oleh muslim )


Setiap yang wujud dalam tubuh bandan manusia hidup memerlukan makanan. Ia boleh membesar dan boleh mati dan tidak berkembang lagi.

Begitu juga halnya dengan kerohanian kita. Ia boleh hidup subur dan boleh juga mati.

Santapan bagi jasmani ialah makanan-makanan yang kasar sementara santapan bagi rohani pula ialah amal ibadah.

Pada setiap ruas tulang kita, ada semacam cecair yang bertindak sebagai pelincir kepada pergerakan tulang belulang kita. Cecair ini yang di sebut sebagai ligament juga merupakan mahkluk hidup yang boleh berkembang atau menjadi kering dan mati.

Ia juga memerlukan makanan untuk terus hidup segar. Cuma sajaha makannya bukanlah berbentuk bahan kasar, sebaliknya seperti apa yang diterangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, makhluk-makhluk ini memerlukan sedekah untuk terus berkembang hidup dan makanan yang di perlukan adalah zikir kita. Kajian telah di buat , setiap makhluk yang sekecil kuman di dalam air sekalipun akan mleonjak apabila nama-nama Allah di sebut !.

Inilah hikmah besar yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w , tanpanya kita tidak mungkin akan menyedarinya. Menurut hadis tersebut yang sesuai dengan kajian biologi, tubuh badan manusia mengandungi lebih kurang 360 ruas tulang.

Kalau setiap ruas itu memerlukan satu Subhanallah, satu Alhamdulillah, satu Allahu Akbar dan satu Lailahaillallah, maka setiap hari kita perlu berzikir sekian banyak.

Namun, dengan DUA RAKAAT SOLAT DHUHA, seseorang itu akan memperoleh 360 zikir tersebut untuk menjadikan sedekah kepada ruas-ruas tersebut.

Ingatlah, ini antara faktor keimanan yang mesti diyakini oleh orang yang beriman, orang yang beriman akan percaya kepada kebenaran yang di ampaikan oleh Allah dan Rasul-Nya walaupun tidak di lihat dengan mata kasar sekalipun.

Inilah kaitan tiga serangkai antara iman, ibadah dan kesan faedah dalam penghidupan.

Insya-Allah , orang yang mengamalkan solat Dhuha tidak akan mengalami sakit ruas tulang seperti sakit kaki, sakit pinggang dan lain- lain.

Demikianlah hasil dan faedah yang di peroleh dengan melakukan solat Dhuha.

Memandangkan solat Dhuha ini merupakan solat sunat yang Muqayyad, maka waktu dan jumlah rakaatnya telah di tetapkan.



Waktunya



Dari setelah matahari meninggi sejengkal , lebih kurang jam 8.00 pagi hinggalah sebelum matahari menegak, iaitu tengahhari. Tidak boleh dilakukan sebelum dan sesudah batas waktu tersebut.



Rakaatnya


Dari paling sedikit dua rakaan dan mengikut riwayat yang sah paling banyak 12 rakaat. Tidak boleh dilakukan kurang daripada dua rakaat.


Tatacaranya


Setelah pasti masuknya waktu Dhuha, maka lakukanlah dalam keadaan berwuduk . Dilakukan dua rakaat dan ditutup dengan salam atau boleh juga dilakukan dengan empat rakaat satu kali salam.

Rakaat Pertama

1. Niat dalam hati dengan berkata, " Sahaja Saya olat Dhuha dua/empat rakaat kerana Allah "

2. Takbir

3. Baca Doa Iftitah

4. BacaTa'awwudz

5. Baca Surah al-Fatihah

6. Baca apa-apa sahaja surah dipilih

7. Takbir dan rukuk

8. Iktidal dan bacaannya

9.Sujud dan bacaannya

10. Duduk dan Bacaannya

11. Sujud dan bacaannya

12. bangun rakaat kedua dengan takbir.



Rakaat kedua


1. Baca surah al-Fatihah

2. Baca apa-apa ahaja surah yang dipilih

3. Takbir dan rukuk

4. Iktidal dan bacaannya

5. Sujud dan bacaannya

6. Duduk dan bacaannya

7. Sujud dan bacaannya

8. Duduk tahiyat akhir dan bacaannya

9. Salam Penutup


Kemudian kalau di khendaki, ditambah dua rakaat lagi dengan mengulangi cara tertera di atas dan seterusnya hingga 12 rakaat semuanya.

Pada sujud yang terakhir pada setiap dua rakaat kita sebutkan segala doa dan hajat kita, kita boleh sujud berapa lama dan meminta sebanyak doa yang di khendaki.

Solat Sunat Dhuha adalah antara solat individu yang tidak boleh dilakukan secara berjemaah.


"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu,
cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu,
kekuatannya kekuatanMu,
ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh perdekatannya
dan jika ada hampir maka permudahkannya
dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.
Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."



Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.




Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat

Selasa, 5 Oktober 2010

Kesucian Cinta Menurut Pandangan Islam






Assalamualaikum Sahabat sekalian.Lama saya tidak update blog atas masalah yang tak dapat dielakkan..Apa pun terima kasih atas kunjungan dan sokongan anda semua..hari ini saya ada terbaca tentang pandangan Islam berkaitan cinta. Jadi terdetik dihati saya untuk berkongsi apa yang saya fahami tentang hakikat cinta dalam Islam..diharap dengan perkongsian ini kita dapat manfaat bersama..Andai ada kesalahan dari penulisan atau pandangan,maaflah saya masih belajar..Apa pun sekadar perkongsian bersama....

Islam adalah agama fitrah, sedang cinta itu sendiri adalah fitrah kemanusiaan. Allah telah menanamkan perasaan cinta yang tumbuh di hati manusia. Islam tidak pula melarang seseorang untuk dicintai dan mencintai, bahkan Rasulullah menganjurkan agar cinta tersebut diutarakan.Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah ia memberitahu bahwa ia mencintainya. (HR Abu Daud dan At-Tirmidzy).

Seorang muslim dan muslimah tidak dilarang untuk saling mencintai, bahkan dianjurkan agar mendapat keutamaan-keutamaan. Islam tidak membelenggu cinta, karena itu Islam menyediakan penyaluran untuk itu (misalnya lembaga pernikahan) dimana sepasang manusia diberikan kebebasan untuk bercinta.Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tentram kepadanya dan dijadikan-Nya di antaramu rasa cinta dan kasih sayang, (Ar-Ruum: 21)

Ayat di atas merupakan jaminan bahwa cinta dan kasih sayang akan Allah tumbuhkan dalam hati pasangan yang bersatu karena Allah (setelah menikah).). Jadi Islam jelas memberikan batasan-batasan, sehingga nantinya tidak timbul fenomena kerusakan pergaulan di masyarakat. Dalam Islam ada peringkat-peringkat cinta, siapa yang harus didahulukan/ diutamakan dan siapa/apa yang harus diakhirkan. Tidak boleh kita menyetarakan semuanya.Dan di antara manusia ada orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman amat sangat cintanya kepada Allah (Al-Baqarah: 165)

Bagaimana pula dengan Kedudukan Cinta Di Dalam Islam? Adakah Islam memusuhi cinta? Adakah sebegini kejam sebuah agama yang disifatkan menepati fitrah? Sebenarnya tidak. Malah Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. Namun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri :

1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehiudupan manusia ialah cinta kepada Allah. Ketinggian nilai taqarrub Al-Abid kepada Khaliq dapat dikesan melalui cinta murni mereka kepada Pencipta. Tanpa cinta kepada Allah perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan menyintai Allah. Sinaran cinta itu jua akan mendorong hamba bertindak ikhlas di mihrab pengabdian diri kepada Allah serta menghasilkan cahaya iman yang mantap.

Firman Allah SWT :
“..(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah ayat : 165)

Memiliki cinta Allah seharusnya menjadi kebanggaan individu mukmin lantaran keagungan nilai dan ketulusan ihsan-Nya.Namun menjadi suatu kesukaran untuk meraih cinta Allah tanpa pengabdian yang menjurus tepat kepada-Nya. Cinta Allah umpama satu anugerah yang tertinggi dan tidak mungkin sesiapa dapat memilikinya kecuali didahulukan dengan pengorbanan yang mahal. Cinta Allah adalah syarat yang utama untuk meletakkan diri di dalam barisan pejuang-pejuang kalimah Allah SWT. Firman Allah SWT (yang bermaksud) :

“..Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir...” (Surah Al-Maidah, ayat 54)

2. Cinta Kepada Rasulullah SAW dan para anbiya’

Apabila manusia berada di dalam kegelapan yang begitu kelam,maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Sayang, pembawa obor tersebut terpaksa begelumang dengan lumpur yang begitu tebal dan menahan cacian yang tidak sedikit untuk melaksanakan tugas yang begitu mulia.
Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah SAW. Maka adalah menjadi satu kewajipan kepada kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para ambiya’. Kerana kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah SAW. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menyebut :
Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.
(Bukhari : no. 15, Muslim : no. 60, Tirmizi : no. 2548 Nasaie : no. 4901)

Namun, dalam suasana kita sekarang yang begitu jauh dengan Rasulullah SAW dari segi masa, adakah tidak berpeluang lagi untuk kita memberikan cinta kepada Rasulullah SAW? Sekalipun Rasulullah SAW telah meninggalkan kita jauh di belakang, sesungguhnya cinta terhadap baginda boleh dbuktikan melalui kepatuhan serta kecintaan terhadap sunnahnya. Oleh yang demikian, orang yang memandang hina malah mengejek-ngejek sunnah Rasulullah SAW tentunya tidak boleh dianggap sebagai orang yang menyintai Rasulullah SAW.

3. Cinta Sesama Mukmin

Interaksi kasih sayang sesama mukmin adalah merupakan pembuluh utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan yang begitu utuh. Cinta sesama mukmin inilah yang mengajar manusia supaya menyintai ibubapanya. Malah mengherdik ibubapa yang bererti merungkaikan talian cinta kepada kedua ibu bapa adalah merupakan dosa besar sebagaimana yang disebut di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya:
“Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar: Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu..”
(Hadis riwayat Bukhari, no. 5519, Muslim : no. 126)

Alangkah indahnya sebuah agama yang mengajar penganutnya agar menghormati dan menyintai kedua ibubapanya yang telah melalui susah payah untuk membesarkan anak-anak mereka. Di manakah lagi keindahan yang lebih menyerlah selain daripada yang terdapat di dalam Islam yang mengajar umatnya dengan pesanan :
“..Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(Surah Israk, ayat 24)

Selain daripada cinta kepada kedua ibubapa ini, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin yang berimana sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah SAW. Hayatilah betapa dalamnya maksud firman Allah SWT :
“..Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...
(Surah Al-Fath, ayat 29)

Malah, Al-Quran sendiri menukilkan betapa pujian melangit yang diberikan oleh Allah SWT kepada golongan Ansar yang ternyata menyintai golongan Muhajirin dengan cinta suci yang berasaskan wahyu Ilahi. Malah dalam keadaan mereka berhajat sekalipun, keutamaan tetap diberikan kepada saudara-saudara mereka dari golongn Muhajirin. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“..Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. ..”
(Surah Al-Hasyr, ayat 9)

Bukankah ini yang telah diajar oleh Islam? Maka di tengah-tengah kecaman keganasan yang dilemparkan kepada Islam pada hari ini, kenapa tidak masyarakat antarabangsa malah umat Islam sendiri melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam? Namun, betapa agungnya cinta di dalam Islam, begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya agar sama sekali tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia tidak dapat tidak haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ‘syaitan cinta’ sewenangnya-wenangnya.

Pada renungan saya cinta sesama manusia tida salahnya. Tetapi yang enjadi salah pad hari ini ialah cara kita menyampaikan cinta dan menerima cinta tersebut.. Apa pun cinta itu bergantung kepada niat kita.. Jika baik niatnya maka baiklah jadinya.. harapan saya semoga kita semua menemui cinta suci dan sama menjaga secu